logo-ali2024
  • TENTANG ALI24
  • PENYERTAAN
  • GALERI
  • MEDIA
  • TOP 15
  • FINALIS
  • HUBUNGI
  • RSVP : ALI24 FINALE
LOGIN
✕
  • Tentang ALI24
  • Penyertaan
  • Galeri
  • Media
  • TOP 15
  • Finalis
  • Hubungi
  • RSVP : ALI24 FINALE

15 buah lagu terpilih berentap di peringkat akhir Anugerah Lagu Indie 2023

23/02/2024

PUCHONG – Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah mengumumkan senarai penuh Finalis-finalis Top 5 bagi kategori pop, rock dan hip hop secara eksklusif di Majlis Pengumuman Finalis yang berlangsung di ESI Hub, Spacerubix hari ini.

Memasuki tahun keempat penganjuran, #ALI2023 kembali lebih mantap dan konsisten memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie bakat anak Malaysia.

Beberapa kelainan telah disuntik dalam musim ini dengan memperkenalkan kategori- kategori lagu terbaik di bawah genre pop, rock, dan hip hop.

Selain penambahan kategori, anugerah tersebut turut menambah baik format pemarkahan melibatkan 30 peratus undian awam daripada atas talian manakala 70 peratus pemarkahan juri profesional.

Lebih menarik, hadiah wang tunai terkumpul berjumlah RM 36,000 menanti juara.

Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir berkata, pihaknya telah menerima penyertaan sebanyak 626 buah lagu dan lebih 11,000 undian awam merentasi kategori genre pada tahun ini.

“Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi. Sebanyak 15 lagu layak bertanding dan membuat persembahan di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 yang akan dilangsungkan pada 7 Mac 2024 nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson berkata, kesemua lagu yang disenarai pendek sebagai finalis telah dipilih berdasarkan aspek kualiti lagu.

“Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli.

“Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional iaitu sebanyak 70 peratus dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak peratus.

Anugerah Lagu Indie 2023 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik, Rakan Muda: motosikal rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; penaja makanan, 1901 Hot Dog Malaysia dan radio rasmi Rakita 107.9.

Dalam pada itu, Malaysia Tribune turut tampil selaku rakan media bersama Medialah!, Media Variasi, Selebriti Online, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Relevan, Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta rakan kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo.

Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 akan disiarkan di laman YouTube Anugerah Lagu Indie pada 7 Mac 2024 jam 8 malam hingga 12 tengah malam.

Sumber - Malaysia Tribune

Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie

Related posts

23/02/2024

15 finalis berentap juarai ALI2023


Read more
23/02/2024

Anugerah Lagu Indie 2023 Umum Senarai Finalis, RM36,000 Menanti Juara ALI 2023


Read more
23/02/2024

15 finalis berentap rebut gelaran juara Anugerah Lagu Indie 2023, bawa pulang RM36,000


Read more
logo-ALI

Alamat

Spacerubix, Jalan TPP 1/7
Taman Perindustrian Puchong,
47100 Selangor, Malaysia.

Telefon

(+60)3-8066 4488


Emel

anugerahlaguindie@gmail.com

Media sosial

Pautan penting

Terma dan Syarat Bahasa Melayu Terma dan Syarat Bahasa Inggeris Panduan Penyertaan Soalan Lazim Panduan Pendaftaran ALI24

Disokong oleh:

Radio Rasmi:

Lokasi Rasmi:

Motosikal Rasmi:

Rakan Media Strategik:

Penaja pakaian hos:

2026 ® Anugerah Lagu Indie. Hakcipta Terpelihara.