Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie

Kategori Lagu

11.Pop

Pop adalah genre yang menjadi asas kepada melodi yang mudah diingati, disusun dengan elemen-elemen yang segar dan menarik. Dalam konteks indie, Pop tampil dengan pelbagai sub-genre yang mencerminkan kreativiti artis. Antara sub-genre yang menonjol ialah Pop Rock, Indie Pop, EDM, Electro, Folk, dan Ballad. Setiap sub-genre membawa identiti tersendiri, daripada nada elektro yang bertenaga hingga balada yang mendalam.

Dengar Playlist Top 30 Pop ALI23:

TOP 30 POP ALI23
22.Hip Hop

Hip Hop adalah genre yang berakar dari ekspresi diri dan cerita kehidupan. Dalam muzik indie, Hip Hop menampilkan lirik yang jujur, beats yang dinamik, dan pengaruh genre seperti R&B dan reggaeton. Ia bukan sekadar muzik tetapi juga budaya yang memberi ruang kepada artis untuk menyampaikan mesej dengan gaya dan suara yang unik.

Dengar Playlist Top 30 Hip Hop ALI23:

TOP 30 Hip Hop ALI23
33.Rock

Rock adalah genre yang memberi ruang kepada letusan kreativiti dan bunyi yang tidak terbatas. Dalam muzik indie, ia dihiasi dengan sub-genre seperti Punk Rock, Ballad Rock, Metal, Post Rock, Shoegaze, Math Rock, Screamo, Post Punk, Folk Rock, Reggae, Ska, dan Dub. Setiap sub-genre ini membawa dimensi yang unik, dari gitar agresif hingga melodi yang introspektif.

Dengar Playlist Top 30 Rock ALI23:

TOP 30 Rock ALI23

Garis Masa

HANTAR KARYA ANDA

Hei anak indie, inilah masanya! Hantarkan lagu yang anda mahu calonkan sebelum 15 Februari 2025. Jangan terlepas!

Hantar Lagu

PROSES PENILAIAN

Semua lagu akan dinilai dan diasingkan mengikut kategori – Pop, Rock dan Hip Hop. Siap sedia untuk jadi sebahagian daripada Top 90!

Kenali Panel Juri ALI24

PENGUMUMAN TOP 90

90 karya terbaik diumumkan. Adakah lagu anda akan berada dalam senarai ini? Tak cuba, tak tahu!

UNDIAN ONLINE & PENILAIAN JURI

Ayuh peminat muzik indie, undi lagu-lagu kegemaran korang! Undian online (30%) + penilaian Juri (70%) akan menentukan siapa yang akan mara ke Top 15.

Undian bermula 30 Mac 2025.

Undi Lagu

PENGUMUMAN FINALIS – TOP 15

Kini hanya tinggal 15 karya terbaik, siapa yang akan mendominasi ALI 2024? 5 karya akan terpilih untuk setiap kategori – Pop, Rock dan Hip Hop.

Dengarkan Rakita 107.9, rakan media rasmi ALI24 dan ikuti media sosial ALI24 dan Rakita 107.9 untuk konten khas finalis ALI24!

UNDI PEMENANG ALI24!

Kuasa ada di tangan anda. Undian terakhir akan bermula 48 jam sebelum acara Malam Kemuncak ALI. Undi Finalis kegemaran anda untuk setiap kategori – Pop, Rock dan Hip Hop.

Undian dibuka selama 48 jam bermula 25 Julai 2025

Undi Lagu

PENTAS AKHIR ALI24

Malam yang ditunggu-tunggu! Siapakah pemenang Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik dan Lagu Terbaik?

Pentas Akhir ALI24 akan distrim secara langsung di akaun Youtube Anugerah Lagu Indie, dan peluang untuk menonton persembahan Pentas Akhir ALI24 secara ‘live’ di Jiospace Petaling Jaya akan dibuka di laman web ini. Stay tuned!

Siapa yang akan membawa pulang kemenangan dan menggegar muzik indie tanah air?

Throwback Pentas Akhir ALI23:

Tonton ALI23

Juri Profesional

Kami dengan bangga memperkenalkan barisan Juri Profesional untuk ALI 2024. Individu hebat yang akan menilai karya anda dengan penuh teliti dan dedikasi.

AG Coco

Produser, penulis lagu, pemain gitar kugiran rock ‘Hujan’

Irena Taib

Produser, komposer dan pemain gitar

Leaism

Penyanyi dan penulis lagu

Loy Ekzan

Orang Kuat Radio

Luca Sickta

Rapper, produser dan penulis lagu

Prof Madya Dr. Muhammad Sayyid Bin Shafiee

Komposer, jurumuzik dan pemain saksofon

Roshan Jamrock

Rapper, produser, penyanyi dan penulis lagu

Wing Meng

Pemain gitar dan bekas ahli kumpulan “post-hardcore” , 'Love Me Butch'

Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie

Panduan Penyertaan

🚨 Tarikh Tutup Penyertaan: 11:59 malam, 15 Februari 2025

Penyertaan lagu adalah percuma. Untuk mencalonkan lagu anda, sila daftar akaun di laman web rasmi www.anugerahlaguindie.com. Jangan lepaskan peluang untuk karya anda diiktiraf dalam anugerah yang meraikan muzik indie terbaik dari tahun lepas!

Hantar lagu anda sebelum tarikh akhir!

Hantar Lagu
1LANGKAH 1:Baca Soalan Lazim (FAQ)

Dapatkan maklumat penting seperti:

  • Bagaimana cara menghantar penyertaan?
  • Jenis fail yang diterima?
  • Kategori muzik yang dipertandingkan?

Baca Soalan Lazim di sini:

Soalan Lazim
2LANGKAH 2:Sediakan Maklumat Penting

Pastikan semua fail seperti audio berkualiti tinggi (.mp3 atau .wav) dan tidak melebihi 12MB, lirik lagu dalam bentuk teks, profil peserta (sejarah, katalog muzik, genre) telah lengkap (.pdf), tidak melebihi 1MB dan grafik lagu (.jpg atau .png) tidak melebihi 1MB.

3LANGKAH 3:Daftar Akaun atau Log Masuk
  • Jika anda pernah mendaftar akaun ALI pada tahun-tahun lepas, akaun lama sudah tidak boleh digunakan. Daftar akaun baharu untuk ALI24 di sini.:

    Daftar Masuk
    Panduan Pendaftaran PDF
  • Hanya satu akaun dibenarkan untuk setiap artis solo atau band.
  • Tentukan siapa yang akan menguruskan akaun dan pastikan log masuk boleh dikongsi dalam pasukan anda.
4LANGKAH 4:Hantar Penyertaan Anda

Tip Penting

Baca panduan ini dengan teliti untuk memastikan proses penyertaan berjalan lancar. Jika ada soalan tambahan selepas membaca FAQ, hubungi kami.

Selamat Berjaya!

Kami tidak sabar untuk mendengar karya anda

Sertai ALI24
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie

Soalan Lazim

11.Apa itu Anugerah Lagu Indie (ALI)?

Anugerah Lagu Indie (ALI) ialah anugerah muzik yang bertujuan mengiktiraf dan meraikan bakat penulis lagu, pemuzik, dan penyanyi indie dalam industri muzik Malaysia. Lebih dari sekadar anugerah, ALI menjadi pentas bagi karya anak indie didengar, diraikan, dan dihargai.

22.Siapa yang boleh menyertai ALI?

ALI terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang menghasilkan karya muzik bebas (indie).

33.Lagu bagaimana yang layak dihantar?
  • Lagu mestilah asli – lirik dan muzik ciptaan sendiri.
  • Lagu telah diterbitkan antara 1 Januari - 31 Disember 2024 di platform seperti:
    • YouTube
    • Spotify
    • Apple Music
    • Deezer
    • SoundCloud
    • Bandcamp
    • Radio
  • Lagu indie adalah lagu yang tidak terikat dengan kontrak penerbitan atau perjanjian bersama syarikat rakaman utama, iaitu syarikat dengan rekod jualan tahunan yang tinggi serta kemampuan menerbit, mengedar, dan memasarkan kandungan sendiri.
  • Sebaliknya, lagu dari label indie atau persendirian layak dipertandingkan, asalkan label tersebut beroperasi tanpa pembiayaan besar dari label rakaman komersial dan tidak memiliki syarikat penerbitan, jualan, pengedaran, atau pemasaran sendiri.
  • Keputusan kelayakan adalah muktamad dan mengikut budi bicara Penganjur.
44.Berapa banyak lagu yang boleh dihantar?

Setiap peserta (individu atau kumpulan) boleh menghantar sehingga 3 lagu sahaja.

55.Bagaimana cara untuk menghantar penyertaan?

Lagu perlu dihantar melalui laman web rasmi: www.anugerahlaguindie.com dalam format berikut:

  • Fail audio: .mp3 atau .wav (kualiti tinggi) tidak melebihi 12MB.
  • Grafik lagu: .jpg atau .png tidak melebihi 1MB.
  • Sertakan lirik lagu dalam format teks. Jika lirik lagu bukan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sila sertakan terjemahan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  • Sila sediakan profil dalam format PDF, tidak melebihi 1MB. Profil mestilah merangkumi sejarah peserta, katalog muzik, video muzik (jika ada), dan genre yang dipertandingkan.
66.Bilakah tarikh akhir untuk menghantar lagu?

Penyertaan dibuka dari 1 Januari 2025 dan tarikh tutup pada 15 Februari 2025, jam 11.59 malam. Penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima.

77.Apakah kategori muzik yang dipertandingkan?

Tiga Kategori Utama adalah:

  • Pop: Termasuk Pop Rock, EDM, Folk, Ballad dan lain-lain.
  • Rock: Termasuk Punk Rock, Metal, Shoegaze, Post Punk, dan sebagainya.
  • HipHop: Termasuk Rap, R&B, Trap, Reggaeton, dan lain-lain.
Info Lanjut
88.Macam mana proses penilaian dibuat?

Lagu akan dinilai berdasarkan 4 komponen utama:

  • Lirik: Penilaian terhadap keunikan, kreativiti, dan keupayaan lirik dalam menyampaikan mesej atau emosi secara mendalam dan bermakna kepada pendengar.
  • Komposisi: Penilaian terhadap struktur dan melodi lagu yang dihasilkan, termasuk kebolehan mencipta karya muzik yang segar, harmoni, dan mudah diingati.
  • Susunan muzik: Penilaian terhadap kualiti dan kreativiti susunan muzik, termasuk penggunaan instrumen dan elemen muzik yang menyokong dan memperkaya keseluruhan lagu.
  • Vokal: Penilaian terhadap teknik nyanyian, kejelasan penyampaian, kawalan suara, dan kebolehan vokalis menzahirkan emosi serta identiti lagu dengan berkesan.

Penilaian dibuat oleh Juri Profesional yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam industri muzik.

Barisan Juri Profesional
99.Bagaimana undian awam berfungsi?
  • Undian awam akan dibuka secara rasmi di laman web ALI: www.anugerahlaguindie.com.
  • Undian awam menyumbang 30% daripada markah keseluruhan, manakala markah Juri Profesional menyumbang 70%.
1010.Bila pengumuman senarai Top 90 dan Top 15?
  • Top 90 (30 lagu terbaik setiap kategori) akan diumumkan di antara 15 sehingga 30 April 2025.
  • Top 15 (5 lagu terbaik setiap kategori) akan diumumkan di antara 9 hingga 12 Jun 2025.
1111.Apa yang berlaku di acara finale ALI?

Finale ALI akan diadakan pada 27 Julai 2025. Finalis Top 15 akan membuat persembahan secara langsung untuk merebut anugerah:

  • Lagu Pop Terbaik
  • Lagu Rock Terbaik
  • Lagu HipHop Terbaik
  • Persembahan Terbaik
  • Lagu Terbaik
1212.Bagaimana pemenang ditentukan?

Pemenang ditentukan berdasarkan:

  • 30% undian secara langsung melalui www.anugerahlaguindie.com.
  • 70% markah Juri Profesional.
1313.Apa hadiah yang ditawarkan kepada pemenang?

Hadiah wang tunai dan trofi akan diberikan kepada pemenang setiap kategori:

  • Lagu Terbaik: RM15,000
  • Lagu Pop Terbaik: RM5,000
  • Lagu Rock Terbaik: RM5,000
  • Lagu HipHop Terbaik: RM5,000
  • Persembahan Terbaik: RM5,000
  • Anugerah Lagu Terpaling Platinum CIK: RM1,000
1414.Bolehkah saya menghantar lagu dalam bahasa lain?

Ya, lagu dalam mana-mana bahasa layak dihantar selagi mematuhi terma dan syarat.

1515.Adakah keputusan juri muktamad?

Ya, semua keputusan oleh Juri Profesional dan penganjur adalah muktamad.

Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie