









Tentang Anugerah Lagu Indie
Kita Angkat Muzik Indie Malaysia!


Anugerah Lagu Indie (ALI) adalah pentas penghargaan untuk muzik indie yang bermula pada tahun 2020 diuntuk meraikan muzik indie. Kami membuka ruang untuk pemuzik berkarya tanpa batasan, membawa suara baru, dan mencabar norma industri muzik.
Muzik indie ialah karya muzik yang dihasilkan, diterbitkan, dan dipasarkan secara bebas oleh artis tanpa sokongan label rakaman besar, menonjolkan kebebasan kreatif dan keaslian karya.
Selama lima tahun, ALI telah berjaya membuka pintu untuk bakat-bakat baharu, memberikan mereka platform untuk berkembang, dan menyuntik semangat baru dalam industri muzik tanah air.










Pengarah Eksekutif
Penggerak utama yang mencorakkan perjalanan Anugerah Lagu Indie 2024.


Ahmed Faris Amir
Pengarah Eksekutif Bersama, Anugerah Lagu Indie 2024
Ahmed Faris Amir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9 dan Naib Presiden Commercial Radio Malaysia (CRM). Di bawah kepimpinannya, Rakita 107.9 menjadi platform yang meraikan suara anak muda dan muzik indie. Melalui CRM, beliau memacu perkembangan industri radio komersial Malaysia. Ahmed Faris dan Rakita 107.9 menyokong Anugerah Lagu Indie sejak julung kalinya diadakan pada tahun 2020, komited terhadap perkembangan bakat dalam industri muzik indie dan alternatif.


Jennifer Thompson
Pengarah Eksekutif Bersama, Anugerah Lagu Indie 2024
Jennifer Thompson telah berkecimpung dalam arena muzik dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam industri hiburan Malaysia. Beliau pernah menjadi pengurus peribadi kepada Francissca Peter selama lima tahun dan menguruskan artis seperti Sudirman, Search, Awie, Ziana Zain, Sharifah Aini, Ella, dan M. Nasir. Beliau juga menghasilkan acara siaran langsung berprestij seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) selama 15 tahun, Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama 10 tahun, dan festival antarabangsa seperti Sunburst, Rockaway, serta Future Music Festival Asia; dan pada masa yang sama, terlibat secara intensif dalam pembangunan muzik indie menerusi pengurusan jelajah OhChentaku (2013 - 2014) dan pelbagai program pembangunan kapasiti bersama CENDANA.
Jennifer komited dalam pembangunan industri muzik indie, dan terus memainkan peranan penting dalam memperkasa bakat tempatan dan membangunkan landskap muzik Malaysia menerusi penglibatannya sejak ALI bermula pada tahun 2020.








