
Umar Akmal merupakan seorang penyanyi/penulis lagu indie yang telah mula menulis lagu sejak tahun 2016. Lagu-lagu beliau banyak dipengaruhi oleh bunyi-bunyian indie folk. Beliau seringkali menulis lagu tentang kehidupan harian, suka duka mendewasa, tentang harapan dan keputusasaan, serta segala asam garam menjadi seorang manusia. Beliau mempunyai 13 lagu yang telah tersedia di platform penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Youtube dan sebagainya termasuklah single terbarunya Dewasa Yang Ku Impikan yang mana muzik videonya telahpun mencapai 29,000+ jumlah tontonan di Youtube. Umar juga telah mengeluarkan extended play (EP) sulungnya yang beliau telah lancarkan pada tahun 2022 hasil dokongan dari CENDANA Malaysia. Terbaru beliau baru sahaja menganjurkan showcase kolaborasi bersama penyanyi folk independen tempatan, Syiqin Azln di Box FZHD, Bukit Jelutong yang dinamakan Secebis Kisah Mendewasa. Umar percaya bahawa sebagai manusia, kita berkongsi emosi dan perasaan yang sama. Dengan lagu, rasa yang menyatukan kita itu dapat dizahirkan.
Dewasa Yang Ku Impikan
DEWASA YANG KU IMPIKAN
VERSE 1:
Duduk di meja kedai kopi
Buat kerja seorang diri
Ruang ini lebih senang ilham ku dapat
Oh ku tak pesan kopi, tapi air coklat
Di belakang ku dua budiman
Bersembang tentang segala yang belum mereka bualkan
Bermula dengan kejadian indah
Makin lama makin terbongkar cerita duka
CHORUS 1:
Inilah dewasa yang ku impikan
Kita semua sama tapi keseorangan
Sentiasa berkejaran
Inilah dewasa yang ku lmpikan
VERSE 2:
Keluar pagi pulang senja
Hidup ini diabadi untuk kerja
Impian ku dulu ingin ubah dunia
Kini ku sedar penyu pon tak boleh aku bela
CHORUS 2:
Inilah dewasa yang ku impikan
Kita semua sama tapi keseorangan
Mengecewakan bukan?
Inilah dewasa yang ku impikan
BRIDGE:
Meniti jambatan usang ke arah keranda
Tiada yang kan datang menabur bunga
Berpeluk tubuh lindungi diri tanpa senjata
Terduduk diam dan suara remaja mu bergema
POST BRIDGE:
Wahai diri kecilku maafkan aku
Terlalu mustahil tuk ku lakukan semua itu
Apa yang boleh ku janjikan kepadamu
Akan ku bertatih langkah satu-satu seperti dulu
CHORUS 3
Inilah dewasa yang ku impikan
Kita semua sama jadi kita tak keseorangan
Bingung ketakutan
Ini bukan dewasa yang ku impikan
Duduk atau jalan
Baring atau berlarian
Duduk atau jalan
Dewasa ini kan ku gagahkan









DEWASA YANG KU IMPIKAN
VERSE 1:
Duduk di meja kedai kopi
Buat kerja seorang diri
Ruang ini lebih senang ilham ku dapat
Oh ku tak pesan kopi, tapi air coklat
Di belakang ku dua budiman
Bersembang tentang segala yang belum mereka bualkan
Bermula dengan kejadian indah
Makin lama makin terbongkar cerita duka
CHORUS 1:
Inilah dewasa yang ku impikan
Kita semua sama tapi keseorangan
Sentiasa berkejaran
Inilah dewasa yang ku lmpikan
VERSE 2:
Keluar pagi pulang senja
Hidup ini diabadi untuk kerja
Impian ku dulu ingin ubah dunia
Kini ku sedar penyu pon tak boleh aku bela
CHORUS 2:
Inilah dewasa yang ku impikan
Kita semua sama tapi keseorangan
Mengecewakan bukan?
Inilah dewasa yang ku impikan
BRIDGE:
Meniti jambatan usang ke arah keranda
Tiada yang kan datang menabur bunga
Berpeluk tubuh lindungi diri tanpa senjata
Terduduk diam dan suara remaja mu bergema
POST BRIDGE:
Wahai diri kecilku maafkan aku
Terlalu mustahil tuk ku lakukan semua itu
Apa yang boleh ku janjikan kepadamu
Akan ku bertatih langkah satu-satu seperti dulu
CHORUS 3
Inilah dewasa yang ku impikan
Kita semua sama jadi kita tak keseorangan
Bingung ketakutan
Ini bukan dewasa yang ku impikan
Duduk atau jalan
Baring atau berlarian
Duduk atau jalan
Dewasa ini kan ku gagahkan