logo-ali2024
  • TENTANG ALI24
  • PENYERTAAN
  • GALERI
  • MEDIA
  • TOP 15
  • FINALIS
  • HUBUNGI
  • RSVP : ALI24 FINALE
LOGIN
✕
  • Tentang ALI24
  • Penyertaan
  • Galeri
  • Media
  • TOP 15
  • Finalis
  • Hubungi
  • RSVP : ALI24 FINALE

15 finalis berentap rebut gelaran juara Anugerah Lagu Indie 2023, bawa pulang RM36,000

23/02/2024

SELEPAS 30 lagu berentap di pusingan separuh akhirnya, kini secara rasminya 15 lagu finalis terpilih untuk bersaing di pentas final Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) yang akan berlangsung pada 7 Mac 2024.

Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie, Ahmed Faris Amir berkata, sebanyak 626 buah lagu diterima daripada pelbagai penggiat seni untuk dipertandingkan dalam #ALI2023.

"Sejak penganjurannya pada tahun 2020, Anugerah Lagu Indie masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi," katanya.

Membawa kelainan buat pendengar, #ALI2023 pada kali ini memiliki pelbagai kategori berbeza seperti lagu terbaik di bawah genre pop, rock, dan hip hop.

Penerbit Eksekutif Bersama Anugerah Lagu Indie, Jennifer Thompson pula berkata, lagu-lagu yang berjaya ke pentas akhir telah melalui proses yang teliti dan dipilih berdasarkan kualiti lagu tersebut.

"Lagu yang dipilih dan dicalonkan mestilah mempunyai lirik dan muzik yang asli.

"Kesemua lagu yang diterima telah dipilih berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional iaitu sebanyak tujuh peratus dan melalui undian awam di anugerahlaguindie.com.my sebanyak 30 peratus,” katanya.

Tidak sia-sia untuk mencuba nasib, juara #ALI2023 bakal membawa hadiah wang tunai berjumlah RM36,000.

Jadi mari lihat senarai 15 lagu finalis bagi Anugerah Lagu Indie 2023!

TOP 5 KATEGORI HIP HOP TERBAIK

  1. Ice Cold Castle
    • Komposer oleh: Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff, Danish Hakimi.
    • Lirik oleh: Jeffery Chong, Ammar Ariff, Danish Hakimi
    • Artis: Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru.
  2. Candy Mind
    • Komposer oleh: Sya
    • Lirik oleh: Sya dan Senna
    • Artis: Sya
  3. LXF
    • Komposer oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia dan Dj Ruckes
    • Lirik oleh: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia dan Dj Ruckes
    • Artis: LXF
  4. Gard O Gard
    • Komposer dan lirik oleh: Uzayr Muhammad dan Jeffrey Affandy
    • Artis: 53 Universe
  5. Mimpi Untuk Semalam
    • Komposer oleh: Dafreakinaz, Jaystation, Quai
    • Lirik oleh: Jaystation, Quai
    • Artis: Slatan atau dikenali Jaystation, Quai

TOP 5 KATEGORI POP TERBAIK

  1. Pura
    • Komposer, lirik dan artis oleh: Fatin faizal
  2. Pembunuh Malam
    • Komposer dan lirik oleh: Hazeeq hilman dan Muhd Haziq
    • Artis: Lunar
  3. Stargazing
    • Komposer dan lirik dan penyanyi oleh: Odelia Tirza
  4. Luka
    • Komposer, lirik dan penyanyi oleh: Lily Jannah
  5. Derana
    • Komposer dan lirik oleh: Syahir Cherpen
    • Artis: Heidi & Ruang Hati

TOP 5 KATEGORI ROCK TERBAIK

  1. Jiwa (Takhta Milik Kita)
    • Komposer oleh: Aimran, Faz, Adry, Shahril
    • Lirik oleh: Shahril Redzwan
    • Artis: Akta
  2. In The Haze
    • Komposer oleh: Chia Shock Hong, Bryan Lu
    • Lirik oleh: Chia Shock Hong
    • Artis: Math Class
  3. Inti Sari
    • Komposer oleh: Hayzeeq Iman, Daniel Aswad dan Harith Zikry
    • Lirik oleh: Hayzeeq Iman dan Daniel Aswad
    • Artis: Zerophobia
  4. Terra Luna
    • Komposer oleh: Crazy Grizzly
    • Lirik oleh: Mustika Sari
    • Artis: Crazy Grizzly
  5. Souled Out
    • Komposer, lirik dan penyanyi oleh: Vota

— Majoriti

Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie
Anugerah Lagu Indie

Related posts

23/02/2024

15 finalis berentap juarai ALI2023


Read more
23/02/2024

15 buah lagu terpilih berentap di peringkat akhir Anugerah Lagu Indie 2023


Read more
23/02/2024

Anugerah Lagu Indie 2023 Umum Senarai Finalis, RM36,000 Menanti Juara ALI 2023


Read more
logo-ALI

Alamat

Spacerubix, Jalan TPP 1/7
Taman Perindustrian Puchong,
47100 Selangor, Malaysia.

Telefon

(+60)3-8066 4488


Emel

anugerahlaguindie@gmail.com

Media sosial

Pautan penting

Terma dan Syarat Bahasa Melayu Terma dan Syarat Bahasa Inggeris Panduan Penyertaan Soalan Lazim Panduan Pendaftaran ALI24

Disokong oleh:

Radio Rasmi:

Lokasi Rasmi:

Motosikal Rasmi:

Rakan Media Strategik:

Penaja pakaian hos:

2025 ® Anugerah Lagu Indie. Hakcipta Terpelihara.